i) Wanita tidak akan menipu dirinya sendiri sekiranya pasangan tersebut bertanya kisah benar peribadi wanita kerana tiada dusta antara wanita dan lelaki dan sikap saling percaya-mempercayai lebih penting dari segala-galanya.
ii) Wanita perlu tahu apa pasangan tersebut perlukan seperti keperluan dan sanggup berkorban demi masa dan meminta maaf sekiranya berlaku kesilapan samaada lelaki mahupun wanita itu sendiri.
iii)Jangan memandang sesuatu perkara itu sebagai perkara yang remeh-temeh dan tidak ambil kisah walaupun lelaki tersebut memandangkan perkara tersebut sebagai kes serius.Itu akan mewujudkan jurang yang lebih kritikal dalam hubungan antara lelaki dan wanita.Jangan salahkan pasangan kita kalau dia menjauhkan diri kerana mungkin terdapat kesilapan yang kita lakukan yang tidak kita sedari.
iv)Sikap saling bantu -membantu akan dapat menjalinkan hubungan yang erat antara lelaki dan wanita.Lelaki dan wanita perlu tahu peranan masing-masing dan sikap suka mengalah dan tidak menyalahkan pasangan masing-masing akan merapatkan lagi perhubungan yang mersa dan lebih prihatin dan peka kepada masalah peribadi pasangan tersebut.
v)Wanita juga dapat memberi idea yang bernas supaya lelaki tahu yang pasangannya menyayanginya dan mempertimbangkan masalah dengan sewajarnya.Jangan terlalu memberikan pendapat yang bercanggah dengan pendapat pasangan anda kerana mungkin pasangan anda tidak mahu konkongan dari anda!Beri pasangan anda pilihan supaya dapat memilih pendapat yang terbaik untuk penyelesaian masalah.
vi)Wanita yang menjadi pilihan hati lelaki tidak semestinya cantik walaupun dari sudut fitrahnya lelaki inginkan kecantikan tetapi itu semua dapat di atasi dengan hati yang tulus dan ikhlas.Wanita yang cantik tapi buruk dari segi hati akan membuat lelaki lebih membencinya dan bukan menyintainya.Ingatlah lelaki juga inginkan perhatian seperti mana wanita perlukan!.
vii)Perhubungan yang terbaik ialah sikap memberi apa sahaja yang pasangan perlukan selagi tidak menyalahi hukum agama.Wanita jangan terlalu memaksa pasangan kerana lelaki akan berasa terlalu terkongkong dan maruah mereka akan tercemar.Apabila lelaki berasa rendah diri mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi menebus perasaan malu mereka.Ketahuilah yang pasangan anda tidak mahu berita tentang mereka akan dijadikan modal untuk bercerita.Kalau anda ingin cerita yang sampai menyinggung perasaan anda!.
untuk tatapan bersama..renungkan..